Alka-Min PLUS

APAKAH ALKA-MIN PLUS?





                   ALKA-MIN PLUS adalah suplemen kesihatan menyeluruh yang dihasilkan oleh ramuan semula jadi dengan herba utamanya adalah Ginseng Stem Cell. Ia terkandung empat pati laut utama (Spirulina, Chlorella, Alga Merah dan Alga Coklat), garam buluh, koenzim Q10, klorofil, vitamin (vitamin A,B dan lain-laiin) serta garam mineral (kalsium, magnesium, natrium, fosforus dan sebagainya).

           Dengan penggunaan teknologi yang canggih dan terkini, ALKA-MIN PLUS adalah mudah diserap oleh sel-sel badan dan berkesan untuk mengembalikan fungsi pemulihan dan regenerasi sel-sel badan manusia. Formulasi ALKA-MIN PLUS yang istimewa membantu menyeimbangkan kesihatan badan kita. ALKA-MIN PLUS bukan saja suplemen kesihatan yang hanya berfungsi sebagai penjagaan badan harian, tetapi juga berkesan apabila digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit kronik.

                Sejak pelancaran produk ALKA-MIN PLUS, ia mendapat sambutan yang hangat dari semua lapisan masyarakat. Sesetengah pesakit yang mengalami masalah kesihatan spesifik (seperti stroke, masalah jantung, kanser, penyakit hati, prostat bengkak, goiter, gout, tekanan darah tinggi, diabetes, aterosklerosis, asid urik kronik dan lain-lain) turut membuktikan keberkesanan ALKA-MIN PLUS selepas mencubanya sebagai rawatan untuk membaik pulih penyakit-penyakit tersebut.

           Inovasi dan penciptaan teknologi canggih memang menyenangkan kehidupan manusia, tetapi ia juga boleh menjejaskan kesihatan kita tanpa disedari. Ketibaan ALKA-MIN PLUS dalam dunia suplemen kesihatan memanglah satu berita baik kepada semua insan. ALKA-MIN PLUS bukan saja membantu menjaga kesihatan badan, ia juga meningkatkan kualiti kehidupan kita!


Kenapa kita memerlukan ALKA-MIN PLUS?

A)  ALKA-MIN PLUS menyediakan nutrisi seimbang kepada badan manusia: Badan manusia memerlukan lebih daripada 40 jenis zat-zat nutrisi dalam kuantiti pengambilan yang seimbang supaya keadaan badan selalu dikekalkan sihat dan cergas. ALKA-MIN PLUS dapat menyeimbangkan keadaan malnutrisi generasi moden yang diakibatkan oleh tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan corak kehidupan yang tidak sihat. Apabila manusia mengalami malnutrisi, pelbagai simptom-simptom akan muncul seperti daya imun yang rendah, daya ingatan semakin merosot, selalu mengalami keletihan, sakit kepala, sistem pencernaan yang tidak normal, metabolisme yang rendah, sistem peredaran darah terganggu, otot badan selalu mengalami kebas dan sakit, sesetengah organ badan dan fungsi fisiologi kian merosot.

B)  ALKA-MIN PLUS meneutralkan pH badan: Keadaan badan yang berasid adalah merupakan punca utama kepada segala penyakit. Zat berasid berlebihan akan terpendam di dalam organ-organ yang seterusnya menghakiskan fungsi sel-sel secara beransur-ansur. Proses metabolisme badan turut dilambatkan yang menyebabkan sisa-sisa tidak dapat dikeluarkan dari badan. Akibatnya, organ ginjal dan hati yang terpaksa “bekerja keras” telah menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit pada masa itu.

           Pakar kimia, nutrisi dan penerima anugerah Nobel Dr Ragnar Berg telah mendapatkan satu kesimpulan pada tahun 60an bahawa nisbah pH badan manusia telah mempengaruhi kesihatan badan secara langsung, terutamanya penyakit diabetes. Sebuah kajian yang mengambil sampel cecair 600 orang pesakit kanser menunjukkan bahawa 85% pH badan pesakit kanser adalah badan berasid. Selain itu, penyakit kardiovaskular, osteoporosis, badan berlelah, reaksi alahan, kelesuan adalah berkaitan langsung dengan keadaan badan yang berasid.

           ALKA-MIN PLUS yang melebihi nilai pH8 membantu manusia menyeimbangkan segala punca penyakit yang disebabkan oleh badan berasid. Ia mengekalkan nilai pH badan antara 7.35-7.45 pada paras sihat.

C)  ALKA-MIN PLUS membantu detoksifikasi: Pencemaran persekitaran yang semakin serius telah menghakiskan kesihatan manusia secara beransur-ansur. Demi mengekalkan badan yang sihat, kita perlu mengurangi kadar racun di dalam badan. ALKA-MIN PLUS yang mengandungi Spirulina, Chlorella, alga merah, alfalfa, klorofil dan garam minerals yang berkesan dalam membantu detoksifikasi tubuh badan.

D)  ALKA-MIN PLUS merupakan antioksidan yang tinggi: Pada metabolisme yang normal, tubuh menghasilkan partikel berenergi tinggi dalam jumlah kecil yang dikenali sebagai radikal bebas. Sebenarnya, kuantiti radikal bebas yang berpatutan tidak akan merosakkan badan manusia. Sebaliknya, radikal bebas yang bersesuaian memainkan peranan yang penting dalam fisiologi badan. Apabila sel yang berbahaya menyerang badan manusia, sel darah putih akan melepaskan radikal bebas untuk membunuh sel berbahaya itu. Akan tetapi radikal bebas adalah molekul oksigen yang tidak stabil, ia akan bergerak bebas dan bergabung dengan sel-sel lain yang seterusnya menghakis keaktifan sel normal serta merosakkan struktur sel normal. Yang seriusnya radikal bebas akan bergabung dengan sel-sel lain yang turut melahirkan sel baru iaitu sel kanser. Oleh itu, radikal bebas berlebihan akan menjadi pemusnah kepada sel-sel badan manusia.

               Segala punca kemerosotan kesihatan manusia, 85% adalah disebabkan oleh serangan radikal bebas, seperti kanser, penuaan, kemunculan tumor, penyakit Parkinson, penyakit Alzheimer, arteriosklerosis, katarak dan sebagainya. Kehidupan masa kini yang dikelilingi oleh pelbagai masalah sinaran radioaktif, sinaran ultra ungu, asap rokok pasif, bahan makanan proses, tekanan hidup dan lain-lain telah menggalakkan perubahan molekul-molekul normal kepada radikal bebas.

               ALKA-MIN PLUS adalah musuh utama kepada radikal bebas! Ia mengandungi ginseng stem cell, β-karotena, vitamin C, vitamin E, garam mineral, garam buluh, alga merah astaxanthin dan koenzim Q10 mudah diserap oleh badan berperanan sebagai antioksidan semula jadi yang tinggi kepada badan manusia.  


Apakah nutrien yang terdapat dalam ALKA-MIN PLUS?




Ginseng Stem Cell




Spirulina
Spirulina: Spirulina merupakan zat yang paling kaya dengan pelbagai nutrien seimbang yang ditemui oleh manusia setakat ini. Membran sel yang nipis adalah 90% lebih mudah diserap oleh badan manusia. Ia kaya dengan protein,  β-karotena (15 kali lebih tinggi dari lobak merah, 40-60 kali lebih tinggi dari bayam), pelbagai jenis vitamin (B1, B2, C dan E, dan lain-lain) serta pelbagai garam mineral yang diperlukan oleh badan manusia. Antaranya ialah ion kalium boleh membantu mencegah penyakit kencing manis (diabetes) dan Asidosis; selenium boleh menangkap radikal bebas, mengurangkan atau melawan terhadap ketoksikan logam tertentu yang boleh menghentikan kesan karsinogenik. Di samping itu, ia mempunyai klorofil A yang berfungsi untuk membersih dan membentukan sel-sel darah; asid y-linolenik, boleh membantu menggalakkan penyerapan kalsium, meningkatkan sistem imun, mencegah proses metabolisme terganggu dan penuaan; polisakarida yang terdapat dalam Spirulina dapat bertindak sebagai anti-radioaktif dan meningkatkan daya imun badan manusia.  

Chlorella
Chlorella:Faktor Pertumbuhan Chlorella merupakan bahan aktif unik Chlorella yang dapat meningkatkan daya pertumbuhan semula sel, menghasilkan sel-sel yang lebih berkualiti dan mencegah proses penuaan. Selain itu, kandungan klorofil di dalam Chlorella adalah 5-6 kali lebih tinggi daripada Spirulina, ia juga adalah kandungan klorofil tertinggi dalam alam semula jadi. Klorofil sangat berkesan dalam membuang dan membersihkan toksin dalam badan. Ia digelarkan sebagai “tukang bersih sel-sel darah” bagi organ usus, ginjal dan peparu. Klorofil dan asid folik yang tinggi dalam Chlorella dapat mengekalkan kepekatan kalsium dalam tulang dan sel-sel badan. Ia juga dapat membaik pulih gusi yang rosak.

Alga Merah
Alga Merah: Berbanding dengan alga coklat dan Chlorella, alga merah adalah lebih kaya dengan asid lemak tak tepu dan mengandungi nutrient EPA, DHA, ARA yang tidak terdapat dalam alga coklat dan Chlorella. EPA dan DHA berkesan dalam mengurangkan kandungan lemak dalam darah yang seterusnya mencegah penyakit kardiovaskular dan mengurangkan reaksi keradangan, serta mengurangkan penyakit autoimun. Sementara itu kandungan ARA dapat membantu dalam perkembangan penglihatan kanak-kanak dan mengekalkan fungsi penglihatan dan otak orang dewasa.

 Sementara itu, alga merah yang kaya dengan astaxanthin adalah antioksidan terkuat dalam alam semula jadi yang ditemui oleh manusia setakat ini. Kuasa menangkap radikal bebas astaxanthin adalah enam ribu kali lebih kuat daripada vitamin C, seribu kali lebih kuat daripada vitamin E, lapan ratus kali lebih kuat daripada koenzim Q10. Astaxanthin semula jadi ini adalah satu-satunya jenis karotenoid yang boleh melintasi halangan darah. Astaxanthin bukan saja antioksidan tinggi, ia juga membantu melambatkan proses penuaan, anti tumor dan mencegah penyakit kardiovaskular.

Alga Coklat
Alga Coklat (rumpai laut): Rumpai laut merupakan sumber utama iodin. Oleh itu rumpai laut digelar sebagai “makanan panjang umur” dan “juara sumber iodin”. Iodin adalah penting dalam pembentukan hormon tiroid. Jika badan kekurangan iodin, manusia akan mudah dijangkiti hipotiroid. Sementara itu, iodin juga boleh merangsangkan kelenjar pituitari yang menyebabkan penurunan paras estrogen wanita, seterusnya memulihkan fungsi ovari dan masalah gangguan rembesan endokrin serta mencegah peningkatan risiko hyperplasia payudara berlaku.

Selain itu, rumpai laut yang kaya dengan mannitol mempunyai kesan diuretic yang kuat. Ia boleh mencegah kemerosotan fungsi ginjal, edema pada usia tua, keracunan ubat-ubatan dan lain-lain. Kehadiran mannitol, iodin dan kalium sangat berkesan untuk mencegah arteriosklerosis, tekanan darah tinggi, bronkitis kronik, hepatitis kronik, anemia, edema dan penyakit lain.

Alginate (natrium alga coklat) yang terdapat dalam ekstrak rumpai laut boleh meningkatkan kepekaan insulin dan menurunkan paras glukosa. Ia adalah ubat semula jadi yang sangat berkesan untuk mengubati penyakit kencing manis (diabetes). Selain itu, rumpai laut juga mengandungi selenium yang dapat menangkap radikal bebas. Rumpai laut telah disahkan sebagai ekstrak yang penting dalam pencegahan kanser kolorektal/usus dan payudara.



Garam Buluh
Garam Buluh: Garam buluh kaya dengan kalium, kalsium, magnesium, fosforus, sulfur dan garam mineral yang lain. Ia adalah produk makanan yang paling kaya dengan pelbagai garam mineral. Garam buluh bukan saja berfungsi sebagai antioksidan dan pemusnah radikal bebas yang kuat, ia juga  sangat berkesan untuk memulihkan sel-sel yang dirosakkan oleh radikal bebas. Fungsi detoksifikasi dan menghapuskan keracunan badan yang luar biasa dapat membasmi toksin, menulenkan darah serta mendetoksifikasi seluruh badan. Yang juga dikenali sebagai bahan makanan alkali, garam buluh boleh mengawal pH badan manusia. Sementara itu, ia juga menguatkan tekanan osmotik badan, mengembalikan sistem metabolisme yang normal, meningkatkan daya pertumbuhan semula tisu badan dan mencergaskan badan manusia. Ia juga membuktikan kesan yang ketara dalam pencegahan kanser, diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit gastrousus, hipertropi prostatik dan sebagainya.

Koenzim Q10: Koenzim Q10 juga dikenali sebagai "ubiquinone", ditemui pada tahun 1957 yang turut digelarkan sebagai "sumber kesihatan sel-sel badan." Ia adalah zat vitamin semula jadi yang larut dalam lemak, iaitu sumber penghasilan tenaga setiap sel badan yang penting. Q10 dapat meningkatkan kekuatan antioksidan, melambatkan proses penuaan dan mencergaskan badan manusia. Kajian yang dijalankan kebelakangan ini menunjukkan bahawa Q10 dapat meningkatkan daya pertahanan badan manusia dan berkesan untuk melawan kanser, penyakit Parkinson dan penyakit Huntington. Selain itu, Q10 membantu menjaga kesihatan jantung, menguatkan otot jantung (miokardium), melegakan hipoksia. Oleh itu, ia terkenal sebagai “sumber kesihatan jantung”.


Klorofil
Klorofil: Klorofil meningkatkan sistem imun badan, membantu pertumbuhan dan pemulihan tisu badan, meningkatkan peredaran darah dan fungsi sistem pencernaan, serta mendektosifikasi badan. Ia menyediakan nutrien yang dapat membantu dalam penghasilan zat besi kepada darah, menambahkan bilangan sel-sel darah merah (hemoglobin) dan meningkatkan kualiti sel darah merah. Klorofil yang mengandungi unsur chelating yang dapat membuang logam berat yang beracun dalam badan seperti raksa dan sebagainya. Di samping itu, klorofil juga dapat melawan serangan radikal bebas dan mengurangkan gejala keradangan.

Alfalfa
Alfalfa: Alfalfa adalah tanaman kacang-kekacangan yang kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral, serta lebih daripada 300 jenis nutrien tumbuh-tumbuhan. Benihnya yang mengandungi saponin boleh menghalang penyerapan kolesterol dan  pencegahan gejala aterosklerosis dimana pembentukan plak-plak berlemak pada dinding-dinding arteri yang menyebabkan pengaliran darah terganggu. Selain itu, kandungan isoflavon dalam alfalfa dapat mendatangkan kesan kepada badan seperti estrogen yang dapat melegakan gejala menopaus dan menjaga edaran haid wanita. Alfalfa juga berkesan dalam memulihkan sistem pencernaan yang terganggu dan merawat gejala hilang selera makan. Sementara itu, ia boleh mengeluarkan asid urik yang berlebihan dari badan supaya mengelakkan gejala gout yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam tubuh badan.

Garam Mineral dan unsur-unsur surih : Garam mineral dan unsur-unsur surih berperanan penting dalam menjaga dan mengekalkan sistem fisiologi manusia demi memastikan semua fungsi berjalan dengan normal. Sebagai contoh kalsium, fosforus, magnesium adalah sumber nutrien penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Garam mineral dan unsur-unsur surih juga penting untuk mengekalkan pH badan dan tekanan osmotik badan yang normal. Pembentukan hemoglobin dan tiroksin memerlukan kehadiran iodin dan zat besi. Unsur-unsur surih adalah penting dalam tindakbalas biokimia metabolisme dan pertumbuhan semula sel-sel badan, ia juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka. Kandungan seperti selenium, germanium, zink, vanadium dan unsur-unsur lain berkesan dalam pencegahan kanser, penyakit kencing manis, penyakit kardiovaskular dan lain-lain. Di samping itu, unsur-unsur surih boleh mengaktifkan pelbagai enzim dalam badan supaya menyeimbangkan paras fungus dan meningkatkan daya pertahanan badan.

Setiap hari, jumlah kuantiti garam mineral dan unsur-unsur surih akan dikeluarkan dari badan dalam proses metabolisme. Oleh itu, pengambilan makanan yang mengandungi zat garam mineral dan unsur-unsur surih adalah sangat penting untuk mengekalkan sumber garam mineral dan unsur-unsur surih kepada badan kita. Tetapi, pengambilan kedua-dua zat nutrien ini mestilah seimbang. Kalau tidak, kekurangan kedua-dua zat dan nutrien akan menimbulkan masalah kekurangan mineral; sementara pengambilan nutrien garam mineral dan unsur-unsur surih yang berlebihan akan mengakibatkan keracunan badan.


HARGA: RM460.00 SAHAJA


Pesanan Pembelian produk kami:-


Produk Pilihan Anda: